Wednesday, August 1, 2012

Cream Puff Mudah dan Gebu

Alhamdulillah . Done with Ramadhan 12th 1433 . Harini Ammar , my 11y/o lil bro ada iftar jamai' with  his classmate . so prepared him cream puff :)

so sini nak share resepi yang paling sangat ter-mudah untuk cream puff, tak manis sangat, gebu itu pasti dan resepi ini pasti jadi.HIGHLIGHT PASTI JADI.Bukan apa, Anis ada try resepi resepi lain,bahan dah la pelik pelik , lepas tu kita pergi la cari bahan-nya . end up tak jadi .. cair macam air lah apa lah .then buang dalam tong sampah macam tu ja .

so , start dengan recepi puff nya :)

Cream puff recipe
100ml air
45g butter
60g tepung gandum- diayak
2 biji telur (100g)

Cara-cara
1. Mula-mula, panaskan oven pada suhu 200C.
2. Alaskan dulang oven (oven plate) dengan aluminium foil kemudian sapukan minyak keatasnya.
3. Kalau guna loyang kuih tak payah alas kertas aluminium, terus aje sapukan butter.
4. Masukkan telur ke dalam mangkuk. Pukul biar telur kuning dan telur putih bercampur.
5. Tepung gandum di ayak
6. Masukkan air dan butter ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana kemudian kuatkan sehinggalah mendidih. Bila dah mendidih tutupkan api.
7. Masukkan tepung dan kacau cepat-cepat.
8. Panaskan semula adunan dengan api sederhana sehingga nampak kepingan nipis terbentuk. Kemudian padamkan api.
9. Masukkan telur, kacau cepat-cepat.
10. Masukkan adunan ke dalam piping bag.
11. Gunakan nozel 1 cm. Kalau tak de potong aje bucu plastik anggaran 1 cm
12. Pipe kan ke atas dulang
13. Tekan bahagian tanduk yang terhasil supaya cream puff nampak cantik.
14. Spray permukaan cream puff dengan air. Bakardalam oven pada suhu 200c selama 15 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 180c dan bakar selama 25 minit. Kalau nak nampak lagi perang biarkan cream puff di dalam oven beberapa minit sebelum di keluarkan.
15. Sejukkan cream puff sebelum di masukkan cream custard.







Cream Custard
1 sudu besar tepung
1 sudu besar tepung jagung
4 sudu besar gula
200ml (1 cup) susu segar
1 biji telur (L size)
1 sudu besar mentega


Cara-cara
1. Masukkan tepung, tepung jagung dan gula ke dalam mangkuk.
2. Masukkan 1-2 sudu besar susu. Kacau rata jangan ada yang berketul2
3. Masukkan telur dan kacau lagi.
4. Kemudian masukkan susu yang selebihnya dan kacau.
5. Wrapping mangkuk dan masukkan ke dalam microwave. Guna suhu yang tinggi.
6. Masak sehingga pekat.
7. Setiap 1 minit lebih bawa keluardari microwave dan kacau.
8. Ulang sehingga pekat.
9. Bila dah siap, masukkan butter dan kacau rata.
10. Adunan ini boleh juga di masak atas dapur dengan api yang sederhana.
11. Adunan hendaklah dikacau untuk mendapatkan cream custard yang licin.



Lepas tu boleh la di tabur dengan icing sugar :)


Mudah sangat bukan?




Happy trying ! Good luck . Om nom nom nom *update sambil makan creampuff* hihi 
eh lupa nak bagi tahu , hasil dari acuan ini adalah lebih kurang 10-15 ikot saiz la,kalau korang buat kiut miut je 
dapat la banyak,kalau gedabak besor nye .. kurang sikit la
Lepas siap di bakor tu , dan pipe kan custard cream .. tabur la sikit icing sugar :) 


p/s : gambar ambik pakai phone N97 kot , 
tak main la sumber google :3